Sunday, 10 November 2013

Dugaan untukmu wahai insan~

 Memang tidak dinafikan bahawa begitu perit sekali menempuh segala mehnah dan trebulasi yang diujikan kepada kita. Perit sangat sehinggakan tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata, hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap sudut di hati kecil kita ini. Ramai antara kita mengatakan, “ kenapa aku yang diuji?”.  Tapi, cuba kita ubah persepsi kita dengan mengatakan “ akulah yang TERPILIH!” Owh yeah, betul tu… Kalau kita sudah tanamkan keikhlasan dalam hati, InsyaAllah Allah akan bantu kita. Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya.

   Satu lagi,kenapa Allah nak uji kita dengan ujian yang mungkin ada di antara kita sedang mengalaminya sekarang ini? Sebabnya,  Allah inginkan kita lebih mendekati dan mengingatiNya. Mungkin selama ini kita sudah lama lalai dan alpa dari mengingati Allah. So, time nie lah kita nak menangis sepuas-puasnya pada Allah dengan menginsafi segala dosa kita, doa sebenar-benarnya pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan macam-macam lagi. InsyaAllah, setiap butiran air mata yang kita titiskan ini Allah tidak mensia-siakannya begitu sahaja.Tapi, insyaAllah air mata yang menitis itu terasa bernilai buat menyirami api neraka di akhirat kelak.

   Ujian dan dugaan ini sebenarnya diberikan untukmu wahai insan yang terpilih.Sebenarnya ujian dan dugaan ini menjadi mercu cinta dan kasihNya kepadamu. Terimalah dengan ikhlas kerana indahnya tarbiah Allah ini yang tersirat rahmat dan hikmah buatmu. Yakinlah pada Allah kerana setiap yang terjadi ini adalah dengan izinNya.Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Selamat berjuang teman. Semoga reda Allah sentiasa bersamamu...


No comments:

Post a Comment