Friday, 15 November 2013

Hargailah Isterimu

   Tatkala kita sangat menginginkan seseorang yang boleh dijadikan teman untuk membina baitul muslim, maka Allah menyatukan kita dengan jodoh yang telah pun Allah tetapkan sejak awal lagi. Kemudian, sudah pasti kita berasa sangat bahagia dengan anugerah kurniaan Allah itu. Namun biasalah, hidup ini tidaklah sentiasa indah. Kita haruslah bersabar  dengan segala apa yang telah Allah tetapkan sebab itulah takdir kita. InsyaAllah, pasti ada hikmahnya. Lagi satu, kadang-kadang, kita juga mudah lupa dengan pengorbanan, kasih sayang, penat lelah dan segala kebaikan lain yang telah diberikan oleh pasangan kepada kita. Hurm... oleh itu, janganlah lupa dengan semua tu yer. So, hargai antara satu sama lain. Ehh, saya maksudkan di sini ialah pasangan yang sah dalam Islam bukan pasangan yang couple-couple tu yer, hehee.. 


Ini perbualan antara seorang suami dan seorang ustaz...

En Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.

Ustaz       : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pula sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.


En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.

Ustaz      : Perempuan simpanan kamu takda tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya  dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz      : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dengan perempuan simpanan kamu itu.

En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz      : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia.   Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.


Kepada kaum isteri pun sama juga.. Taatilah suamimu, bahagiakan suamimu selalu. InsyaAllah, akan ade syurga menanti dirimu. Binalah keluarga sakinah dan diredai Allah...






Sunday, 10 November 2013

Dugaan untukmu wahai insan~

 Memang tidak dinafikan bahawa begitu perit sekali menempuh segala mehnah dan trebulasi yang diujikan kepada kita. Perit sangat sehinggakan tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata, hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap sudut di hati kecil kita ini. Ramai antara kita mengatakan, “ kenapa aku yang diuji?”.  Tapi, cuba kita ubah persepsi kita dengan mengatakan “ akulah yang TERPILIH!” Owh yeah, betul tu… Kalau kita sudah tanamkan keikhlasan dalam hati, InsyaAllah Allah akan bantu kita. Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya.

   Satu lagi,kenapa Allah nak uji kita dengan ujian yang mungkin ada di antara kita sedang mengalaminya sekarang ini? Sebabnya,  Allah inginkan kita lebih mendekati dan mengingatiNya. Mungkin selama ini kita sudah lama lalai dan alpa dari mengingati Allah. So, time nie lah kita nak menangis sepuas-puasnya pada Allah dengan menginsafi segala dosa kita, doa sebenar-benarnya pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan macam-macam lagi. InsyaAllah, setiap butiran air mata yang kita titiskan ini Allah tidak mensia-siakannya begitu sahaja.Tapi, insyaAllah air mata yang menitis itu terasa bernilai buat menyirami api neraka di akhirat kelak.

   Ujian dan dugaan ini sebenarnya diberikan untukmu wahai insan yang terpilih.Sebenarnya ujian dan dugaan ini menjadi mercu cinta dan kasihNya kepadamu. Terimalah dengan ikhlas kerana indahnya tarbiah Allah ini yang tersirat rahmat dan hikmah buatmu. Yakinlah pada Allah kerana setiap yang terjadi ini adalah dengan izinNya.Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Selamat berjuang teman. Semoga reda Allah sentiasa bersamamu...


Saturday, 9 November 2013

Bestnyer Solat

Solat menjadi ibadah utama bagi seseorang muslim Kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.

Allah yang Maha Pengampun

Bismillahirrahmanirrahim...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "sesungguhnya Allah menciptakan 100 rahmat (kasih sayang) pada hari penciptaannya. Kemudian Allah menahan 99 kasih sayang di sisiNya dan Dia menebarkan 1 kasih sayang sahaja kapada seluruh makhlukNya. Sekiranya orang kufur mengetahui semua kasih sayang yang ada di sisi Allah, nescaya dia tidak akan berputus asa dari syurga, dan sekiranya orang muslim mengetahui semua bentuk siksa yang ada di sisi Allah, nescaya dia tidak akan aman dari api neraka" (HR Bukhari) So, kalo kita dah pasang niat nk berubah, just teruskn... berubah slow2, but msti istiqamah. sbb Allah lebih suka amalan yg kecil dgn istiqamah berbanding amalan yg besar tpi x diamalkn secara berterusan...Ingatlah, kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya... tiada istilah terlewat utk BERTAUBAT dan BERUBAH... 

Awak, janganlah takut untuk berubah
kita berubah sama-sama yer~
kita sama-sama jadi baik 
kita sama-sama patuh perintah Allah
sebab kitakan hamba padaNya
InsyaAllah, Allah akan tolong hambaNya yang 
benar-benar ikhlas mengharapkan redaNya
kita ke syurga sama-sama yer di akhirat kelak...
InsyaAllah~